uniten logo
Home > Announcements > PTPTN Application  
Announcements: PTPTN Application

Title

PTPTN Application

Body

PERMOHONAN PTPTN (SECARA ONLINE)

TARIKH TUTUP BAGI UNITEN : 30 MEI 2012

PERINGATAN:

1. Laman web ini hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 2 dan ke atas.

2. Hanya pemohon yang telah mendapat tawaran kemasukan ke IPT boleh memohon pembiayaan pendidikan PTPTN.

3. Sila pastikan pemohon memenuhi keperluan berikut SEBELUM membuat permohonan secara atas talian (online):

a. Memenuhi syarat-syarat permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN. SILA RUJUK DI SINI. .

b. No PIN hanya sah dalam tempoh 6 bulan bermula dari tarikh pembelian No PIN di Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga tarikh pendaftaran permohonan online.

c. Membuka akaun simpanan (persendirian) mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing. (Akaun yang perlu dibuka oleh pelajarUNITEN: CIMB Bank Berhad).

d. Mulai 2012, Permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN diwajibkan mempunyai akaun SSPN. Pembukaan akaun hendaklah di MAYBANK dan BIMB sahaja.

e. Mempunyai alamat e-mel yang sah bagi urusan rasmi PTPTN.

f. Menyelesaikan keseluruhan hutang pembiayaan pendidikan terdahulu sekiranya pernah mendapat pembiayaan pendidikan PTPTN tetapi gagal / berhenti / mendapat penaja lain / membatalkan pembiayaan pendidikan PTPTN.

4. Hanya satu permohonan sahaja boleh dibuat dalam satu-satu masa.

5. Bagi pemohon yang baru pertama kali hendak menggunakan sistem permohonan secara atas talian (online), sila daftarkan permohonan anda dengan mengisi maklumat nombor pin pada menu PENDAFTARAN KALI PERTAMA dan menekan butang DAFTAR. Pemohon tidak perlu memilih menu tersebut bagi penggunaan seterusnya (hanya perlu daftar masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan di ruangan atas laman web dan menekan butang LOG MASUK).

6. Pemohon mestilah memastikan maklumat yang diisi adalah tepat dan betul sebelum menekan butang "Ya" bagi tujuan pengesahan permohonan. Setiap permohonan yang telah disahkan TIDAK boleh dibuat pindaan dan pemohon dikehendaki membeli nombor pin yang baru untuk membuat permohonan baru.

7. PTPTN telah mengemaskini Panduan Dan Peraturan Am Mengisi Surat Tawaran Pembiayaan, Dokumen Perjanjian dan Lampiran Perjanjian Pembiayaan Pendidikan PTPTN. Panduan ini adalah yang terkini mengambli kira perubahan dasar Tanpa Penjamin bermula 1 Jun 2011. KLIK SINI

8. Panduan Pengisian Surat Tawaran & Dokumen Perjanjian Tambahan Kenaikan Jumlah Pembiayaan KLIK SINI

9. Panduan semakan penyata online dan bayaran balik melalui fpx KLIK SINI

10. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi PTPTN HOTLINE di talian 03-2080 4455.

Nota:

1. Bagi pelajar Foundation, Sila pilih Peringkat Pengajian ‘INTERGRASI SEPENUH MASA”

2. Pelajar-pelajar yang ingin memohon pinjaman pendidikan tinggi PTPTN adalah secara

online.

3. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web PTPTN di http://www.ptptn.gov.my/

Publish Date

3/22/2012

Expires

5/30/2012

Attachments

PTPTN_Application_Closing Date 30 Mei 2012.pdf    
Created at 3/22/2012 8:43 AM by Nurul Syaziyah Bte. Mat Yatim
Last modified at 3/22/2012 8:43 AM by Nurul Syaziyah Bte. Mat Yatim